Followers

Wednesday, September 14, 2011

Cerita bandingan alam...

Ini cerita bukan rekaan,ini kisah bukan ciptaan,adanya satu dari yang banyak,tercipta ia dek adanya pengajaran...
terbit mentari lahir senyuman,senyuman dari sebuah perasaan yang digelar sentiasa disebut bahagia...
kisah sang burung,si pelayar awan yang bebas mencari ketenangan meski harus berdikari di balik gugusan awan-awan yang tidak menentu isinya...
dilihat ia hati tenang merasa ia tidaklah senang,namun jika mampu dikecap gembira hati bukan kepalang...

Pandangan helang tidak kan terlawan oleh mata sang insan,manusia itu sifatnya indah namun pandangan makhluk mulia itu mampu berubah mengikut keadaan..
Bukan merendah malah menyamakan insan dan binatang tapi ini sekadar perbandingan satu deria dari dua ciptaan berlainan...
Suci apa yang dipandang jika suci hati yang memandang,bukan ukuran yang menjadi tandingan namun tanggapan hati itu yang membantu mencermin pandangan...
Syurga tidak hanya menerima si sempurna peribadi,malah si buta sendiri dijanji tempat mulia,jadi apa yang ada pada kesempurnaan,ayuh kita ambil pedoman....

Hitam sering dilihat songsang,walau bersih isinya namun taruhan tentang sucinya sifat ia sering saja kecundang..
Ibarat sang gagak yang sering dipandang hina,hingga lari kawanan unggas,mengapa tidak andai perasaan yang melihat itu jua hitam sama seakan warna helaian bulu sang gagak tak bersalah...
Kehidupan kita sering menyatakan hitam itu penuh kekurangan dek malap jika dipandang,ah,apa kau rasa gelap itu takkan bercahya?ada kau fikir nanti ia kemana?walau gelap dirinya,jika suci hatinya,walau dibuang makhluk tapi diterima si pencipta mulia....
Sering manusia menghina jeritan sang gagak,wah,jerit ia kerana kecewa dengan persepsi songsang,melalak ia kerana sedih dipinggir...
Hei manusia berhati bangsat!kau melalak kerana alpa,kau menjerit kerana gembira dengan harta dunia,kau berakal tapi diperap hingga lupus walau ada,kau manusia bukannya haiwan yang terkadang lebih tahu apa itu perasaan..bukan hanya memendam seribu kebanggaan fana...

Sifat manusia penuh riak,penuh ditakluk dengan isi yang telah ditabur oleh pujian rekaan dalam penuh keterpaksaan...
Cuba renung cuba tenung,fahami ia rasa di jiwa,ini bukan sang merak yang tiada tahu apa itu dunia...
Bila dipuji makin meninggi,pabila dikeji terus membenci...hah!kau bukan segalanya,diri yang dicipta suci bukan hanya untuk dipuji dengan kata yang sebenarnya penuh kiasan menghina....
Merak menjadi ikutan si hati gila yang hanya mahu menjadi pujaan,hei!kau insan bukan binatang,kau mulia fitrahnya bukan si pelara dunia...sedarlah sebelum bumi dibelah....

Kata-kata ini mungkin kasar andai dibaca dengan hati kasar,namun bila terbuka mata hati nescaya kesedaran itu mula menjalar....
bukan kasar kerana amarah,sengaja menegur memberi tanda,tanda prihatin sesama kita...
maaf jika bibir ini keras mencemuh,namun dorongan jemari yang tidak pernah lenguh sentiasa memberi ilham untuk membina kata yang teguh...
aku ingin berkongsi kisah sebenar sandiwara dunia,yang di dalamnya ada aku dan semua isi dunia...
kita sama...

(1 a.m,2011 may 9)